BUDAYAKAN SUNNAH "JAZAKALLAHU KHAIRA"


Pada suatu hari,saya menolong seorang pakcik.Kemudian beliau mengucapkan "jazakallahu khaira" kepada saya sebagai tanda terima kasih.Saya cukup tertarik dengan kata-kata tersebut.Itulah kali pertama saya mendengarnya.Adakah kita disunatkan mengucapkannya seperti mana sapaan assalamualaikum? 



RINGKASNYA

Pakcik tersebut telah menunjukkan satu contoh akhlak mulia yang sangat baik untuk dicontohi.Memang benar bahawa Nabi s.a.w pernah mengucapkan lafaz tersebut kepada sesiapa yang melakukan kebaikan kepadanya.Ia satu sunnah yang perlu kita budayakan.

HURAIAN

Salah satu tanda seseorang itu memiliki akhlak yang mulia adalah dia akan membalas setiap kebaikan yang dilakukan kepadanya.Allah berfirman dalm Surah arRahman ayat 60 yangbermaksud :
" Tidak ada balasan atas kebaikan yang dilakukan kecuali kebaikan jua." Nabi Muhammad mendidik umatnya agar membalas setiap kebaikan yang dilakukan seseorang kepada kita.Sabda Rasulullah :
"Sesiapa yang melakukan kebaikan kepada kamu,maka balaslah kebaikan yang telah dilakukan itu."
      Jika kamu tidak memiliki sesuatu untuk diberi sebagai balasan atas kebaikan yang dilakukan itu,maka hendaklah kamu mendoakan kebaikan kepada saudaramu itu,sehingga engkau merasa telah membalas kebaikannya." (Riwayat Abu Daud)
     Justeru,jika kita tidak mampu untuk membalas kebaikan dengan memberi sesuatu hadiah kepada rakan kita atau menghulurkan sebarang bantuan dalam melakukan sesuatu kerja maka kita hendaklah membalasnya dengan mendoakan kebaikan kepada rakan kita tersebut.Barangkali doa tersebut boelh menjadi sebab kebahagiaanya di dunai dan di akhirat.

UNGKAPAN SUNNAH


Rasulullah sendiri mengajar kita ungkapan doanya.
    Usamah bin Zaid r.a berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : 
"Sesiapa yang dilakukan kebaikan kepadanya, maka hendaklah dia berkata kepada orang yang melakukan kebaikan kepadanya itu : 'jazakallahu khaira'.Dengan demikian,dia telah membalas kebaikan tersebut dengan sebaik-baik balasan.' (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa'i)
    Dalam kitab Faid al-Qadir disebut bahawa ucapan "jakallahu khaira" ini bermaksud "aku memohon semoga Allah mengurniakan kebaikan yang banyak kepadamu sebagai balasan atas kebaikan yang engkau lakukan."
    Bukan setakat hanya berpesan, bahkan baginda sendiri mengucapkannya.Dalam sebuah hadis yang panjang,baginda menyebut dengan maksudnya : " wahai kaum Ansar, jazakallahu khaira (semoga Allah mengurniakan pelbagai kebaikan kepada kalian). Sesungguhnya kalian merupakan golongan yang sangat menjaga akhlak dan jati diri serta memiliki sifat yang sabar." (Riwayat Ibn Hibban dan al-Hakim)

budaya sahabat

   Bahkan para sahabat juga sentiasa mengucapkan doa sesama mereka. Dalam kitab 
Musannaf Ibn Abi Syaibah ada disebutkan bahawa Sayidina Umar pernah berkata : "Jika kalian tahu apa yang terdapat dalam ucapan 'jazakallahu khaira' , nescaya kalian semua akan memperbanyakkan sebutannya sesama kalian!"
   Manakala dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim pula ada dinyatakan bahawa seorang sahabat Nabi yang bernama Usaid bin Hudiar pernah berkata kepada Saidatina Aisyah : "Jazkallahu Khaira. Demi Allah setiap kesusahan yang engkau lalui selalu membawa kebaikan bagi dirimu dan seluruh kaum muslimin."
  Syeikh Soleh al-Uthaimin dalam mensyarahkan hadis bahawa apabila Allah mengurniakan kebaikan sebagai jasa baik yang dilakukan oleh seseorang, maka kurniaan kebaikan itu merupakan kebahagiaan di dunia dan akhirat kepada orang yang melakukan kebaikan tersebut.
   Tahniah pakcik mengungkapkan ucapan yang pernah diucapkan oleh Nabi kita dan berusaha mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w. Semoga saudara juag boleh mengucapkan ucapan yang baik ini kepada sesiapa yang melakukan kebaikan kepada saudara.

panduan

Sebutlah ucapan itu selengkapnya iaitu "jazakallahu khaira".Elakkan hanya mengucapkan "jazakallah" sahaja. Hal ini kerana Nabi sendiri menyebutnya dengan lengkap.Jika untuk lelaki disebut "jazakallahu khaira".Manakala untuk perempuan pula disebut "jazakallahu khairan". Lafaz "jazakumullahu khaira" disebut untuk kumpulan yang ramai. Selamat beramal dengan sunnah Rasulullah yang tercinta.
Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment